Gua rasa down gila sial harini. Down gila baba. Sebab gua down bukan sebab gua dapat duit raya sikit. Tapi sebab Sum 41 dah announced yang diorang kompem akan cancel tour diorang sebab Deryck sakit. Go SINI. Gua tengok line up Rockaway memang mantap. Hujan, Pop Shuvit, Lineup full kat dalam
Wednesday, August 31, 2011
SIAPA NAK BELI TIKET ROCKAWAY 2011
Gua rasa down gila sial harini. Down gila baba. Sebab gua down bukan sebab gua dapat duit raya sikit. Tapi sebab Sum 41 dah announced yang diorang kompem akan cancel tour diorang sebab Deryck sakit. Go SINI. Gua tengok line up Rockaway memang mantap. Hujan, Pop Shuvit, Lineup full kat dalam
Monday, August 29, 2011
SELAMAT RAYA
Hari ni 29 Ramadhan, kalau malam ni uncle yang lu orang selalu nampak tak lebih dari 4 kali setahun tu cakap esok raya, esok raya la. Kiranya hari ni last puasa bagi tahun ni.
Dikesempatan ini gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf banyak banyak kalau sepanjang gua mengendalikan blog ni gua ada terkasar bahasa dan mencarut. Kalau ada la. Kalau tak ada takpe. Selamat hari raya kepada ibu bapa, adik beradik, makcik pakcik, sepupu, dua pupu, tiga pupu tak lupa kepada kaum lelaki, perempuan, separa lelaki, separa perempuan, lelaki lembut, pengkid, mat rempit dan bohsia.
Gerak dulu
Saturday, August 27, 2011
TONG FATT SUPERMARKET
Ni merupakan perbualan member member gua dekat facebook semalam gua perasan. Bader A ajak Bader B pergi TF. Mula mula gua tengok gua macam
"Eh dekat KL ada TF ke?", sebab TF ni kalau kat Kuala Lipis, merupakan supermarket yang agak ngetop sebab barang murah. Lagi lagi nak raya. TF kalau tak silap singkatan kepada Tong Fatt rasanya. Tokey cina bukit mana entah Tong Fatt tu.
Bila gua perah otak seharian sebab malu nk bertanya, gua rasa TF dalam perbualan kutu kutu ni adalah Tutti Frutti. Ke guane?
Friday, August 26, 2011
Carut Secara Berhemah & Sopan
Bila cakap pasal mencarut, memang ramai makwe makwe yang pandang serong dekat gua. Yelah, blog gua ni kadar carutan agak tinggi. Tapi bila gua fikir balik, pergi lantak la siapa tak suka. Susah la jugak kalau gua nak jaga hati semua orang kan?
Gua pun bila cakap pasal ni gua pernah teringat senior gua dekat sekolah dulu. Tak ingat yang mana, Haidar rasanya nama dia. Dia cakap memang lepas habis ah. Tapi muka dia tak pernah lekang senyum.
Tapi gua kalau dengan orang, lagi lagi perempuan, bila tak kenal gua akan jaga la bahasa gua. Tak ada la jumpa makwe dekat orientasi satu grup baru kenal 2 3 hari gua dah guna ayat ayat yang kasar. Kalau gua tengok makwe tu agak agak boleh masuk jenis carut jugak baru ah gua on sekaki. Biasanya gua akan lebih cepat berkawan dengan makwe macam ni. Nampak tak kebaikan carutan disitu. Boleh mengeratkan sillaturrahim sesama manusia.
Tapi dekat sekolah, gua belajar satu cara mencarut dengan berhemah supaya nampak 'professional' dan tidak mendatangkan sebarang ketidakpuashatian di kalangan anti-carut seperti pelajar pelajar lembut dan bader bader surau.
Antara yang ngetop adalah
Babi - Baba
Pukimak - Pokemon
Anak haram - Anak Harun (dekat run tu kena harakat panjang sikit. dia jadik macam : "Anak haruuuunnnn!")
Contoh ayat : "Oi! anak haruuuuuuunnnnn! Pokemon betul! Apasal kau cilok boxer aku? Perangai macam baba!"
Amacam? Pergi ke tak pergi? Berhemah kan...
Wednesday, August 24, 2011
EDISI RAMADHAN : BILA DUIT #BUATTEROK
AHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!! Jerit duit hijau tua selepas beliau jatuh dari ketinggian 400 sentimeter. Kedebuk kedalam lubang yang agak gelap. Beliau terus pitam dan tak sedarkan diri...
20 Minit kemudian...
"Erghhh...gua kat mana ni", tanya duit hijau tua selepas beliau sedar dan mula membuka mata, sedar sedar banyak lagi duit duit lain mengerumuni beliau seumpama beliau ni sangat 'rare'. Ada duit biru, duit hijau muda, duit merah hati dan tak lupa duit bulat bulat.
Tuesday, August 23, 2011
STREAMYX EQUAL PIG : PART 2
Ini bukan piggy-bank, ini line Streamyx rumah gua
Sambungan dari siniPagi semalam semalam lagi, 2 hari semalam punya pagi gua main DoTA tengah tengah game, perkara yang paling semua pemain DoTA risau terjadi dekat gua, iaitu terputus talian. Yang gua jadik sakit hati dia putus dalam 5 minit lepas tu ok balik. Dalam 30 minit putus OK balik. Memang tak dapat ah gua nak ber-DoTA lagi lepas ni. Tercalar ah maruah gua. Nanti gua mesti dilabel 'leaver' silap silap kena ban pulak gua nanti
Monday, August 22, 2011
STREAMYX EQUAL PIG : PART 1
Ini bukan babi terbang, ini line Streamyx rumah gua
1) Selalu putus putus. Sekejap ada sekejap takda.
Memang la orang akan cakap "Ahh rileks la, yang penting ada lagi kan?"...Gua akan cakap camni : Memang la ada, tapi bapak gua bayar Streamyx ni sebulan bukan untuk line yang dalam setengah jam putus sekejap pastu OK balik. Pastu setengah jam lagi putus lagi. Macam hanjeng.
MASALAH SEORANG LELAKI
Gua seorang lelaki tetapi hari ni gua punya mood lebih pulak nak bahan lelaki.
Lelaki ni cepat sangat perasan. Perasan orang suka dekat dia.
Bila makwe makwe gorjes pandang pastu senyum sikit mula la dia perasan makwe tu ada hati dekat dia.
Bila seseorang makwe tak kira la cun atau tidak cun wall-to-wall sikit dengan dia dekat pesbuk mula la nak perasan makwe tu ingin menekel dia.
So lepas ni bila ada makwe senyum dekat lu, ingatlah kaum lelaki, makwe tu hanya nak senyum dan jangan perasan.
Balik rumah tengok cermin pastu cakap kat cermin "Jubor kau la makwe comel minat kat kau"
Ke guane?
Sunday, August 21, 2011
DON'T BE PROUD OF YOUR IGNORANCE
Pergh. Mantap gua punya tajuk dalam bahasa omputeh. Gua rasa pembaca blog gua semua pandai pandai so gua malas nak terangkan apa maksud tajuk tu. Dalam paper baru baru ni ada cerita pasal ramai melayu sesat g masuk agama lain, masuk hindu la kristian bagai. Pastu semua pihak main tunding jari sana sini. Yang tu salah yang ni salah. Pihak ni kenapa bodo sangat macam ni, yang satu lagi balas balik cakap semua pun bodo.
Friday, August 19, 2011
BLOG GUA TERSENARAI KAT SINI?
Haritu gua try la submit blog gua dekat thebdesign ni nak try la entah entah ada orang suka design blog gua, pastu blog gua di-accept pulak. Untuk pengetahuan, bader yang run thebdesign ni power jugak bab design. Ada masa gua blank memang gua tanya dia. Sifu habis. Blog ni punya owner melayu. So tak ada issue la dia terima blog gua. Sekarang blog gua no 2 kat sini. Sesiapa yang belum vote boleh pergi vote dekat SINI
Lepas tu, gua try la submit kat sini pulak. Yang ni international pulak. Beberapa hari lepas gua submit, gua tengok dah diterima dan disebabkan ni yang international dan mostly blog kat sini dari mat saleh, diorang tak paham apa gua tulis. Dia terima totally based on design la agaknya. Yang gua tak tahan, ayat dekat description blog gua tu
This blog seems like promising more entertainment, still have to figure it out though what this blog is about.
HAHA! macam faker ayat dia. Still have to figure it out what this blog is about? like whaaaat?? Blog gua bukan Blogserius pun nak Entertainment!! haha. More like personal. Ohh..Untuk glitterburned ni, Rate dekat SINI
Thursday, August 18, 2011
BUDAK KECIK CARIK PASAL
Semalam gua pergi 'shopping' raya. Sebenarnya gua nak cari Wax rambut L'oreal yang architect tu dengan selipar Fipper baru je. Tau tau mak gua suruh gua angkat baju melayu satu. Gua bukan tak nak, tapi gua rasa rugi pulak beli sebab baju melayu gua pakai buat pergi sembahyang raya pastu balik tros gua bukak. Macam membazir la kan gua beli.
Wednesday, August 17, 2011
MERIAM TAPI BUKAN PAKAI BULUH
Monday, August 15, 2011
LAST GUA TAK PUASA PART 2
Sambungan dari sini
Saturday, August 13, 2011
LAST GUA TAK PUASA PART 1
Last gua tak puasa adalah waktu gua tingkatan 1. Tahun 2003. Masa tu balik cuti hujung tahun. Dan waktu tu jugak sekolah gua dah berpindah ke Putrajaya. Awal awal gua ingatkan boleh tinggal je barang barang macam baldi, hanger baju, sabun sabun semua tu lah. Kasut sukan pun takkan nak bawak balik. Taun depan gua nak guna lagi. Gua dah pack semua ingatkan nak tinggal aje dekat stor. Tahun depan masuk tingkatan 2, ambik la balik. Tapi plan power gua ni tak sama dengan warden
Friday, August 12, 2011
SALAH KE KAJI BIBLE? CUBA JAWAB?
Post ni agak sensitif. Melibatkan agama. Gua sangat pelik dengan tindakan merampas Bible yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu baru baru ni. Kenapa ada sesetengah pihak yang nampak macam cuak gila Bible ni ada dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu ni kan bahasa kebangsaan, So ramai orang guna bahasa melayu. Ada la penganut Kristian yang sedia ada yang masih tak reti berbahasa omputeh. So, apa salah nya bila bible di translatekan kepada BM? Pastu terang terang gua tanya pendapat orang, mesti ada yang akan cakap macam ni..
Bible dalam BM bahaya la sial. Nanti orang Islam baca abes ah rosak akidah bai.
Jawapan gua : Ustaz mana yang ajar lu baca bible boleh rosak akidah? Bagi gua satu sebab atau hadis yang halang umat Islam dari membaca Bible? Kalau lu tengok sorang Ustaz ni. Gua tak ingat apa nama dia. Cuba usha kat SINI. Dia ada buat perbahasan agama dengan paderi Kristian hanya dengan guna Bible jugak. So, kalau ustaz ni boleh kaji bible. Kenapa orang lain tak boleh?
Gua pun ada soalan..
Sebenarnya apa sebab kerajaan nak halang Bible bahasa melayu ni? Itu soalan gua yang bermain di fikiran ni. Kalau melarang atas faktor politik.. maka aku bolehla katakan kerajaan ini agak Kulit bawang. Kalau nak jaga akidah umat Islam kat Malaysia ni, bukan dengan cara halang bible BM ni. Yang patut korang semua, pakcik pakcik menteri yang majoriti nampak macam pandai sebab kepala korang botak dekat tengah kena buat adalah....
1) Korang nak halang Bible BM TAPI bagi permit pulak Kasino besar nak mampos dekat Genting tu?
2) Korang nak halang Bible BM TAPI korang halalkan pulak penjualan arak yang budak budak muda sekarang ramai teguk. Ke lu orang pakcik pakcik politik botak tengah pakai spek pun sama satu kepala teguk jugak?
3) Korang nak halang Bible BM TAPI korang bagi pulak penjualan majalah yang gua dari kecik rasa majalah ni bengap gila. yang baca bengap. yang buat pun bengap. gua kisah pulak pada siapa yang terasa. Tapi siapa baca MANGGA memang bengap.
Sekurang kurang nya, bible tak ada pulak keluarkan gambar awek awek artis baru nak up tunjuk celah kangkang dan pose kat tepi swimming pool. Peluk peluk bini orang tu bagus la sangat kan Najixx. Kau suka baca sebab tu dari gua kecik lu tak pernah pulak nak halang majalah bangang ni.
Bila masuk bab agama ni. gua memang tak berapa power. So gua carik carik. Jumpa satu pandangan dari Ulama Umno pasal hal ni. nak baca..GO SINI
Jangan salah paham. Gua bukan nak backup penyebaran agama kristian kat malaysia. Tapi gua tak nampak sikit pun point kenapa kerajaan nak block bible bm sedangkan ruang maksiat yang terang benderang dibiarkan macam tu je. Kepada puteri puteri UMNO yang butthurt boleh belok kiri dan pergi jalan. Tak payah la nak bagitahu gua pasal akta akta dan apa la lagi law-bullshit gua malas nak dengar.
Come on la melayu. Takkan menda camni dah nak melatah. Takkan lu orang baca bible pastu terus nak anut kristian? sendiri la pikir...Siapa tak puas hati meh gua lastik sikit.
Wednesday, August 10, 2011
PESANAN KEPADA PEMBELI BELAH
Tuesday, August 09, 2011
MAN UNITED 3 - MAN CITY 2
Gua tengok match ni kat rumah beb. Bukan selalu gua tengok bola sensorang ni. Gua tengok mula mula sebab nak tengok Aguero main. Mana la tau dia perform kan. Tiba tiba Man United kalah ke. Boleh gua sokong Man City pulak season depan. Gua pun bawak la karipap bukak puasa tadi duduk depan TV. Tapi gua tengok match tu lambat sikit. Sebab gua balik lambat kan. Tak payah cakap la sebab apa.
Bila gua kasi on itu TV, gua tengok score dah 2-0. Tanpa disedari, gua dah tersenyum sendiri.
"Mampos kau Man U. Bajet hensem habis je Nani tu. Rambut dah la macam turf hoki."
Gua semangat tengok ni, tiba tiba gua tengok Aguero tak main. Celaka betul. Buat penat gua rushing balik tadi. Apa ni Mancini? Bagi la Aguero main. Gua nak tengok Aguero! Bukan Balotelli bangang tu. Pakai baju pun tak reti.
Bila tengok Aguero tak main, gua terus masuk bilik online je. Bukak twitter. Ramai pengulas tak berbayar kat twitter tu. Ramai nye fan Man United la. Tiba tiba gua tengok Man United dah skor satu. Tak apa lah lagi. Tiba tiba skor lagi! dah 2-2 dah ni. Apa ni! jangan la bagi Man United menang! Dalam masa gua ingat dah seri. Nani yang gua benci pulak skor. Jahanam punya Nani. Kenapa kau perform pulak match ni?
Gua dah tak jadi nak sokong Man City season depan. Gua stick dengan Liverpool je la. Kalau tak dapat Top 4 lagi memang gua beralih angin la kepada pasukan TNB Kelantan, takpun Pasukan Polis. Dengar cerita striker diorang main dah line line Zidane
Notakaki : Abang-abang Man City yang baru rasmi jersi baru beli kat kedai Al Ehsan tadi, amacam? Tendang kerusi tak?
kenapa miera punai trending ek? siapa miera punai tu?
Monday, August 08, 2011
Internet Di Malaysia
Baru baru ni Internet gua asyik ada problem, selalu dapat dalam 5 minit lepas tu dia putus. Bangang betul la. Dah la internet Malaysia ni boleh dikategorikan sebagai mahal. Speed pun tak ada la laju mana. Paling paling laju pun Unifi. Tu pun mahal gila. Internet dekat negara lain laju+murah. Lagi lagi jepun. Sebab gua tak ada masa banyak nak update entry. Dengan nak daftar subjek lagi, gua letak gambar aje lah.Klik untuk size asal. Speed jepun akan membuatkan pedownload tegar meleleh air liur
laju macam gampang............
Saturday, August 06, 2011
Review Movie Kongsi
Bila gua tanya adik perempuan gua, dia cakap adik gua yang sorang lagi tu langgan Astro First cerita kongsi sampai 2 kali, dan ada satu cerita lagi entah apa punya cerita satu kali lagi. Bangang betul. Cerita Kongsi pulak tu. Kalau Harry Potter ke nak langgan sampai 2 kali tak apa la jugak. Ni gua nak review sikit cerita Kongsi yang untung sampai 7 juta ni
Friday, August 05, 2011
ANONYMOUS NAK HACK FACEBOOK PULAK?
Thursday, August 04, 2011
Pengalaman Gua Di Alam Shah : Warden
Dulu time sekolah, gua memang selalu main kejar kejar dengan Warden, kitorang panggil ni 'main CS' dengan warden. Ada sekali tu, gua dengan member member 4 orang duduk dalam satu bomba punya hos punya tempat tu, gua atas sekali, kena panjat pipe tu. Punya la CS. Kitorang budak baik. Warden pulak pihak terrorist. Senjata diorang bukan AK-47 mahupun M-16 macam kat PLKN, tetapi menggunakan lightsaber warna coklat yang tak bercahaya.
Warden gua zaman sekolah dulu banyak yang muda muda, so diorang aktif la mengejar pelajar pelajar. Kalau kantoi, mesti kena drag pergi HQ diorang pastu kena zaass sekali dekat jubor. Berbirat mesti dah. Lagi lagi Lan Gay yang rotan. Kalau tak menyesal 5 saat tak turun surau memang legend la.
Warden pulak ada banyak jenis. Ada yang mesra pelajar, ada yang touch-n-go, ada yang semangat baba, tak lupa juga ada warden stone. Ni gua nak cerita pasal warden yang stone. Gua pun pelik macam mana dia boleh jadi warden. Dia baik sangat sial. Gua tak ingat la apa nama dia. Tapi nama dia ada la jawa jawa sikit. Yang penting kitorang panggil dia Tukiman. Gua rasa tukiman tu nama bapak dia. Rasa je la
Ada satu hari ni. Gua dan beberapa kutu lagi ponteng prep malam. Lepak bilik. Time tu gua dah Form 5, dah jadik brader brader, Minum pun air suam. Tak minum dah air ais. Budak budak je minum air ais.
Masa gua tengah sedap sedap petik gitar lagu Toxicity, member gua datang
"Woi. ada warden round round. Budak blok A cakap dalam 2 minit lagi sampai la"
Yang gua pelik, tak pulak berlari lari mengah mengah cakap ada warden. Dia tenang je. Gua musykil.
"Sapa?", gua tanya
"Warden baru tu", member gua jawab dengan tenang.
Gua sambung main gitar. Sebab Tukiman paling paling ganas pun dia suruh lu orang turun pergi prep. Tu je. Mana pernah rotan. Mungkin sebab dia baru lagi. Segan nak rotan. Tengah tengah main gitar, ketua kelas gua, lelaki perak bergegas keluar dari bilik dia dan mengintai ngintai serupa cek line.
Gua pun nak usha jugak, gua keluar dan mengintai dari celah celah tembok depan koridor. Gua nampak Tukiman berjalan manja masuk blok gua. Dressing pkai seluar slek licin hitam pastu jari pusing pusing kunci motor.
Tiba tiba, Lelaki perak jerit, kuat gila
"TUKIMANNNN!!!!!", diikuti dengan gelak tawa yang terbahak bahak beberapa kutu lain.
Gua nampak tukiman pandang atas, mata meliar mencari siapa yang menjerit nama bapak dia. Bila tak jumpa, dia buat muka 'redha'
Gua masuk bilik balik main gitar. Semua kutu buat macam tak takut langsung Tukiman datang nak 'serbu' kitorang turun prep. Bila pikir pikir balik muka Tukiman time dia kena macam tu, serentak hati gua berkata
"Bapak kejam"
Warden pulak ada banyak jenis. Ada yang mesra pelajar, ada yang touch-n-go, ada yang semangat baba, tak lupa juga ada warden stone. Ni gua nak cerita pasal warden yang stone. Gua pun pelik macam mana dia boleh jadi warden. Dia baik sangat sial. Gua tak ingat la apa nama dia. Tapi nama dia ada la jawa jawa sikit. Yang penting kitorang panggil dia Tukiman. Gua rasa tukiman tu nama bapak dia. Rasa je la
Ada satu hari ni. Gua dan beberapa kutu lagi ponteng prep malam. Lepak bilik. Time tu gua dah Form 5, dah jadik brader brader, Minum pun air suam. Tak minum dah air ais. Budak budak je minum air ais.
Masa gua tengah sedap sedap petik gitar lagu Toxicity, member gua datang
"Woi. ada warden round round. Budak blok A cakap dalam 2 minit lagi sampai la"
Yang gua pelik, tak pulak berlari lari mengah mengah cakap ada warden. Dia tenang je. Gua musykil.
"Sapa?", gua tanya
"Warden baru tu", member gua jawab dengan tenang.
Gua sambung main gitar. Sebab Tukiman paling paling ganas pun dia suruh lu orang turun pergi prep. Tu je. Mana pernah rotan. Mungkin sebab dia baru lagi. Segan nak rotan. Tengah tengah main gitar, ketua kelas gua, lelaki perak bergegas keluar dari bilik dia dan mengintai ngintai serupa cek line.
Gua pun nak usha jugak, gua keluar dan mengintai dari celah celah tembok depan koridor. Gua nampak Tukiman berjalan manja masuk blok gua. Dressing pkai seluar slek licin hitam pastu jari pusing pusing kunci motor.
Tiba tiba, Lelaki perak jerit, kuat gila
"TUKIMANNNN!!!!!", diikuti dengan gelak tawa yang terbahak bahak beberapa kutu lain.
Gua nampak tukiman pandang atas, mata meliar mencari siapa yang menjerit nama bapak dia. Bila tak jumpa, dia buat muka 'redha'
Gua masuk bilik balik main gitar. Semua kutu buat macam tak takut langsung Tukiman datang nak 'serbu' kitorang turun prep. Bila pikir pikir balik muka Tukiman time dia kena macam tu, serentak hati gua berkata
"Bapak kejam"
Tuesday, August 02, 2011
Berlawan Dengan Cashier
Jam menunjukkan pukul 3 ptg. Azwan baru balik kerja dan ingin berbuka FKC hari ini. Lantas beliau singgah sebentar di FKC untuk menapau makanan.
"Ini bakinya. Sila datang lagi," kata cashier FKC sambil menghulurkan RM20.30 kepada Azwan.
"Kurang satu sen," kata Azwan sambil menunjukkan wang tunai yang cahier bagi tadi dan resit yang tertulis nyata - Baki RM20.31.
"Satu sen nak jugak?"
"Eh nak lah! Itu duit saya. Satu sen pun duit juga. Kalau 30 orang awak tidak bagi satu sen, awak sudah dapat 30 sen. Kalau 10 hari, sudah 3 ringgit. Kalau satu bulan? Kalau satu tahun?"
"Masalahnya kami sudah kehabisan syiling satu sen."
"Saya tak kisah la macam mana. Satu sen itu hak saya. Saya mahu duit itu!"
Barisan pelanggan mula memanjang di belakang Azwan tetapi Azwan belum mahu berganjak. Tuk tuk tuk, Azwan mula mengetuk-ngetuk kaunter dengan jari. Muka buat sombong
Juruwang itu capai tabung derma di depan mesin wang dan mengeluarkan siling satu sen. Dia menghulurkan siling itu kepada Azwan.
"Nah!", muka sangat tak puas hati.
Azwan jadi bengang. Tabung itu adalah dana untuk orang-orang yang tidak bernasib baik. Pelanggan-pelanggan yang pemurah memasukkan baki duit ke dalam tabung itu dengan niat untuk membantu orang lain. Bukan untuk membantu korporat FKC menyediakan baki siling. Ayam main selet selet dekat kaki jugak.
Pun begitu, Azwan terima juga siling itu. Sejurus kemudian, Azwan masukkan semula siling satu sen itu ke dalam tabung.
Giliran cashier itu pula bengang dengan Azwan.
"Kalau begitu, tidak payahlah saya bersusah payah mengeluarkan siling itu tadi.", rungut cashier tersebut
Azwan tak mengaku kalah
"Duit saya. Suka hati sayalah mahu derma ke dalam tabung ini. Bukan macam awak, merompak dari tabung derma."
"Nanti saya pulanglah duit yang saya ambil itu," kata cashier itu menarik muka.
"Harapan lah", Balas Azwan
Azwan meninggalkan restoran itu sambil menjinjing kotak ayam goreng dan memberi ruang kepada bader melayu berikutnya. Dan. Terdengar wacana stok antara cashier dan pelanggan dari jauh
"Welcome to FKC. Makan sini atau bungkus?"
"Makan sini bangang apa bulan puasa kot .", Azwan buat panas dalam hati.
Notakaki : watak dan cerita tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. selamat berpuasa dan selamat beramal