Minggu lepas laptop gua tiba tiba keluar skrin biru. Biasanya laptop bila keluar skrin biru ni dah menandakan sikit lagi boleh campak dalam tong sampah. Tapi disebabkan segala jenis design gua ada dalam ni tak sempat nak 'bekap' lagi. Gua terus call Huraizi, otai IT opis gua.
Truttt trutt...
"Heloo..Huraizi, aku punya laptop ni tetiba je pupp! Mati do"
"Meh bawak sini. Aku kena cek dulu. Kasi password sekali."
"Ok bro."
Kapow!! Gua hentak keyboard sampai terbelah dua.
Setan. Tak sempat pulak gua nak sorok mende-mende yang senonoh dekat 'Downloads'.
Tuesday, January 17, 2017
Update 2017
Aku rasa baru je aku tukar header tu tulis "Eh, dah 2016". Sekarang dah masuk 2017. Menaik betul rasa pendek masa sekarang ni. Gaji tak naik naik lagi ni. Kesian.
Tuesday, December 20, 2016
Scene Biskut Kering Update Disember 2016
Gua baru je balik dari Konvensyen Persatuan Biskut Kering SeMalaysia semalam. Dalam event kami kali ini, nampaknya position nombor satu dalam scene Biskut Kering yang selama ni dikuasai oleh Biskut Hup Seng telah dirampas takhtanya oleh Biskut Julie.
Gua pun tak sangka ada biskut yang boleh lawan biskut Hup Seng sebagai makanan kecemasan semasa bini tak ada di rumah ataupun semasa hujung bulan. Mungkin Hup Seng ni overconfident sebab bila gua beli je biskut tu mesti hangit dekat bahagian bawah. Apa susah sangat ke masak biskut kering? Bodoh.
Setelah gua fedup dan beralih kepada biskut Julie's ni. Gua rasa dah malas nak berpatah balik. Biskut ni juga dah ada siap-siap line kat tengah untuk adegan dramatik karate biskut kering kepada 2 sebelum dicicah di dalam air Teh O panas. KAPOWW!
Dah la. Gua half day hari ni. Baru habis download movie pulak tu. Jumpa lagi bulan depan dalam Update Scene Biskut Kering Tahun 2017.
KAPOWW!!
Tuesday, November 29, 2016
Sabak Bernam: Tempat Yang Power Untuk Korang Cuti
Dulu masa sekolah, gua ingat Sabak Bernam ni sejenis senjata. Lepas masuk kelas geografi baru gua tau yang Sabak Bernam ni tempat kat Selangor, line line nak masuk Perak. Kat Sabak Bernam ada 3 pekan utama iaitu di Sungai Besar, Sekinchan dan Pekan Sabak Bernam.
Mesti bila cuti je ramai yang nak pergi Genting Highland jalan-jalan. Sebenarnya demeh tak tahu Sabak Bernam ada banyak 'port' yang in untuk korang jalan. Yang area-area KL ni boleh la try Sekinchan di samping terdapat beberapa kemudahan Sekinchan Hotel di sekitarnya untuk lu orang bermalam.
Pantai yang gua pergi lepak tu nama dia Pantai Bagan Nakhoda Omar. Omar mana satu gua tak tahu, tapi waktu petang memang ramai. Dengan segala GoPro nak tangkap gambor. Yang jenis makan je tak habis2, apa kata pergi try mee udang dia. Yang jenis gemor memancing, pergi Kelong Paradise, bawak joran. Kalau power silap haribulan dapat Kerapu sekor. Gua tak pergi mancing masa tu sebab gua jenis beli je ikan kat Tesco.
Masa gua kat sana, gua duduk dekat Kuala Selangor Hotel dekat area Pantai Batu 23, Sungai Nibong. . Bila petang view dia cun gila sebab boleh nampak nelayan-nelayan balik rumah sembahyang maghrib. Makan malam lu orang try itu Mentarang Bakar cicah sos. Rasa cam kerang bakar tapi besor. PERGH!
Hari kedua, gua pergi jalan ke Kuala Selangor Nature Park tengok burung. Burung bakau, burung bangau, ketitir, pekaka, burung hijau burung biru dan segala jenis burung. Sekali tengok burung gua pergi trekking sekali tengok paya bakau. Lepas tu kita orang ke Bukit Melawati. Kat puncak dia ada satu rumah lama yang in untuk tangkap gambor lagi.
Turun dari Bukit Melawati, singgah Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor. Gua tak into sangat ikan. Yang minat ikan tu boleh la ke sini. Kalau yang tak kuat stamina boleh la rehat pastu check in dekat n a few of Kuala Selangor Hotel yang ada kat area2 tu.
Kat Sabak Bernam pula, kalau korang nak cari tempat makan yang power dengan pakej sekali sedap memang senang. Lu pernah rasa daging rusa? Kijang? Landang? kalau tak pernah lu memang malang. Boleh try pergi Restoran Lembah Bernam. Cakap GP suruh makan daging rusa kat sini. Kahkahkah. Yang duduk dekat area Sekinchan Hotel, baik simpan ruang dalam perut, makan kat restoran Mee Udang BNO.
Tengah-tengah makan, gua sedar besok dah Isnin. Gua naik motor dan terus balik hotel. Hari ni tak tahu la. Rasa macam takde 'mood' nak pergi kerja besok.